Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Aliran Digital Sdn Bhd

Article List
MPK

MAJLIS SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-40 PASAR TANI PERINGKAT NEGERI PERLIS ANJURAN FAMA PERLIS

27 April 2025 | Sabtu

Yang Dipertua MPKangar, Tuan Haji Affendi Rajini Kanth, telah dijemput bagi menghadiri majlis ini sebagai tanda sokongan kepada inisiatif memperkasakan sektor pertanian dan usahawan tempatan.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Aminuddin Bin Zulkifli, Pengerusi FAMA.

Semoga penganjuran ini terus menjadi platform penting dalam memartabatkan industri agro makanan negeri Perlis.

#perliscentric
#PERLISLeADS
#perlisno1

MPK

PERSEMBAHAN TATU SEMPENA SAMBUTAN JUBLI PERAK 25 TAHUN PEMERINTAHAN DYMM TUANKU RAJA PERLIS

26.04.2025 | SABTU
STADIUM TUANKU SYED PUTRA

DYMM Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, , bersama DYMM Raja Perempuan Perlis,Tuanku Tengku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid, DYTM Raja Muda Perlis, serta DYTM Raja Puan Muda Perlis berkenan berangkat menyaksikan Persembahan Tatu Sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan DYMM Tuanku Raja Perlis yang diadakan di Stadium Tuanku Syed Putra.

MPK

ISTIADAT PERBARISAN MENGARAK PANJI-PANJI REJIMEN PASUKAN-PASUKAN REJIMEN RENJER DIRAJA

26.04.2025 | SABTU
STADIUM TUANKU SYED PUTRA

DYMM Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, , bersama DYMM Raja Perempuan Perlis,Tuanku Tengku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid, DYTM Raja Muda Perlis, serta DYTM Raja Puan Muda Perlis berkenan berangkat menghadiri Istiadat Perbarisan Mengarak Panji-Panji Rejimen Pasukan-pasukan Rejimen Di Raja yang dilangsungkan di Stadium Tuanku Syed Putra.

MPK

MAJLIS RIANG RIA RAYA 2025 UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

23 April 2025 | Majlis Riang Ria Raya 2025 UniMAP

DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail merangkap Canselor UniMAP, bersama DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil merangkap Pro Canselor UniMAP berkenan memeriahkan Majlis Riang Ria Raya 2025 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang diadakan di Dewan Ilmu, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra.

Yang Dipertua MPKangar ,Tuan Affendi Rajini Kanth telah hadir bersama isteri didalam majlis tersebut .

MPK

PERTEMUAN DAN PERBINCANGAN BERKAITAN PEMBINAAN CAFE DI GUA SAMI, BUKIT LAGI

22.04.2025 | SELASA

Satu sesi pertemuan dan perbincangan bersama Yang Dipertua MPKangar, Tuan Affendi Rajini Kanth dengan agensi-agensi luar melibatkan BPEN Perlis, Jabatan Mineral dan Geosains Cawangan Perlis, GRASS Malaysia - Perlis dan wakil Persatuan Climbers Perlis berkenaan isu pembinaan cafe di Gua Sami, Bukit Lagi.

Turut hadir dalam sesi perbincangan berkenaan adalah Ahli Majlis ,Media, Pengarah-pengarah Jabatan dalaman Majlis Perbandaran Kangar.

MPK

Majlis Istiadat Pembukaan Rasmi Persidangan Ketiga DUN Perlis Ke-15

22 April 2025 | Selasa

Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis

Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, Raja Perlis, bersama-sama Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Al-Marhum Tengku Abdul Rashid, Raja Muda, serta Raja Puan Muda berkenan menghadiri Majlis Istiadat Perbarisan Kawalan Kehormatan Utama dan Perasmian Penggal Persidangan Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Ke-15 pagi tadi.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar telah

Menghadiri

MPK

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA TUANKU SYED SIRAJUDDIN (UniSIRAJ)

21 APRIL 2025

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) telah diadakan di Dataran Pelajar UniSIRAJ, Kampus Kuala Perlis.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar, Tuan Haji Affendi Rajini Kanth telah hadir bersama isteri bagi memeriahkan majlis tersebut bersama tetamu jemputan dan warga kampus.

MPK

Majlis Tautan Ukhwah Aidilfitri 2025

19 April 2025

Majlis Perbandaran Kangar telah dijemput untuk meraikan Majlis Sambutan Aidliftri anjuran Senggara Utara sdn bhd.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar, Tuan Haji Affendi Rajini Kanth telah meluangkan masa untuk hadir bersama-sama kakitangan yg lain bagi memeriahkan majlis tersebut.

Turut hadir didalam Majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Padang Besar, Mufti Negeri Perlis dan ketua-ketua jabatan serta pegawai kanan yang lain.

MPK

PROGRAM KILAUAN WARNA-WARNI SEMPENA SAMBUTAN JUBLI PERAK PEMERINTAHAN DAN SAMBUTAN ULANGTAHUN KE-82 DYMM TUANKU RAJA PERLIS SERTA RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN KUALA PERLIS

19.04.2025 | SABTU
DATARAN PULAU KETAM, KUALA PERLIS

DYMM Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail bersama DYMM Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid dan DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan mencemar duli ke Program Kilauan Warna Warni sempena Jubli Perak 25 tahun pemerintahan Baginda, ulang tahun ke-82 keputeraan, dan Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Kuala Perlis.