Event Date
Kandungan
26.04.2025 | SABTU
STADIUM TUANKU SYED PUTRA
DYMM Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, , bersama DYMM Raja Perempuan Perlis,Tuanku Tengku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid, DYTM Raja Muda Perlis, serta DYTM Raja Puan Muda Perlis berkenan berangkat menyaksikan Persembahan Tatu Sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan DYMM Tuanku Raja Perlis yang diadakan di Stadium Tuanku Syed Putra.
Dalam majlis berkenaan dipersembahkan persembahan pancaragam angkatan tentera, persembahan tempur tanpa senjata, persembahan pancaragam gabungan UITM Perlis dan UNIMAP, persembahan pasukan anjing pengesan, pancaragam PDRM, Kawad Patung, persembahan daripada pasukan lompatan motorsikal dan orkestra yang dipimpin oleh Datuk Haji Mokhzani Ismail.
Yang Dipertua MPKangar turut hadir bersama isteri bagi memeriahkan majlis berkenaan dan seterusnya menyaksikan persembahan yang diadakan.
Majlis ini merupakan salah satu agenda program Sambutan Jubli Perak Ke-25 Pemerintahan Tuanku Raja Perlis.
#perliscentric
#perlisleads
#perlisno1